Tekad Kasih Management merupakan syarikat latihan yang menawarkan khidmat latihan dan perundingan di negara ini. Tekad Kasih ditubuhkan atas kesedaran bahawa semua golongan perlu menjalani latihan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam profesion masing-masing agar lebih mahir,cekap, bermotivasi dan dapat meningkatkan produktiviti dan kecemerlangan diri dan organisasi.
Membangunkan potensi terbaik dalam diri manusia melalui penyampaian ilmu dan latihan yang berkualiti, inovatif dan holistik.

Nilai Teras

Komitmen Pelanggan

Profesionalisme

Inovasi

Integriti

Perkhidmatan yang ditawarkan

Kursus Pembinaan Pasukan (Team Building)

Mempertingkatkan motivasi dan semangat ahli pasukan melalui aktiviti yang membina keyakinan dan keseronokan bekerja dalam kumpulan.

Mengasah kemahiran penyelesaian masalah dengan menghadapi cabaran dan situasi yang memerlukan kerjasama dan pemikiran kritis.

Kursus Kemahiran Penyeliaan Berkesan

Mengasah kemahiran kepimpinan penyelia untuk memimpin dan menguruskan pasukan dengan lebih berkesan.

Mempertingkatkan kemahiran komunikasi untuk memastikan arahan, maklum balas, dan maklumat penting disampaikan dengan jelas dan difahami oleh semua ahli pasukan.

Kursus Kemahiran Komunikasi

Meningkatkan keupayaan peserta untuk menyampaikan maklumat dengan jelas, padat dan berkesan dalam perbualan.

Mengajar peserta untuk memahami dan menggunakan komunikasi bukan lisan seperti bahasa badan, ekspresi wajah, dan nada suara untuk menyokong mesej yang disampaikan.

Kursus Budaya Kerja Cemerlang

Mencapai keseimbangan antara kepuasan kerja dan kehidupan peribadi melalui strategi yang menyokong keseimbangan dalam kehidupan.

Mengasah kemahiran kepimpinan untuk memimpin, memotivasi dan membawa pasukan ke arah pencapaian matlamat organisasi.

Kursus Pengurusan Stres

Membantu peserta mengenal pasti punca-punca stres dalam kehidupan peribadi dan profesional mereka.

Membekalkan peserta dengan strategi penyelesaian masalah untuk mengatasi sumber stres secara proaktif dan efektif.

Kursus Kepimpinan Dan Pengurusan Organisasi

Membangunkan kemahiran kepimpinan yang kritikal seperti pengarahan, delegasi, dan pengawasan untuk memimpin pasukan dengan berkesan.

Meningkatkan keupayaan untuk membuat keputusan strategik dengan berdasarkan analisis data dan penilaian risiko yang menyeluruh.

Kursus Motivate Like Muhammad : Kemerlangan Diri Dan Organisasi

Memperkukuhkan kemahiran diri seperti komunikasi, kepimpinan dan penyelesaian masalah dengan mengaplikasi Teknik Nabi SAW.

Meningkatkan prestasi individu organisasi dengan menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan untuk berjaya dalam persekitaran kerja yang berubah-ubah.

Kursus Business Like Muhammad : Strategi Memulakan Bisnes Bagi Pemula

Menerangkan mengaplikasi dapatan-dapatan daripada kajian yang dibuat berkenaan bisnes-bisnes yang dijalankan oleh Nabi Muhammad SAW.

Menjelaskan Mindset Keusahawanan antaranya wang bukan dorongan terbesar , kebebasan merancang, fokus pada solusi, sangat kuat bekerja dan mempunyai mindset yang looking forward.

Hj Ahmad Shukri Yusoff mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam latihan pembangunan dan pengurusan insan. Lulusan Diploma Kolej Agama Sultan Zainal Abidin, kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda Dirasat Islamiyyah di Universiti Al-Azhar dan seterusnya peringkat sarjana di Open University Malaysia.

Pernah bertugas di Pusat Pungutan Zakat MAIWP selama 15 tahun dan jawatan terahir beliau ialah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.
Beliau telah muncul dalam lebih seribu program di televisyen dan radio. Antaranya Tanyalah Ustaz di TV3, Assalamualaikum Subuh TV Al-Hijrah, Rancangan dalam “Wahyu”, Radio Malaysia KLFM, Inspirasi Hadith di Manis FM. Beliau juga pernah menjadi moderator untuk rancangan Halaqah di TV9. Beliau juga pernah dilantik sebagai Raes bagi program “Adik-Adikku” musim ke-4, pengacara Fikrah yang bersiaran di TV1 ,Kolumnis bagi majalah Q&A (ruangan Tafsir Quran) dan Kolumnis akhbar Berita Harian (ruangan Hikmah Al-Quran) dan kolumnis akhbar Utusan Malaysia.

Beliau telah mengendalikan program lebih 500 organisasi melalui program publik mahupun program dalaman di beberapa organisasi swasta, kerajaan, hospital, IPTA dan IPTS.

Antaranya Bank Rakyat, Agro Bank, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Institut Pentadbiran Awam Brunei,  Permodalan Nasional Berhad, Majlis Perbandaran Kajang, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Yayasan Terengganu, Yayasan Islam, SUK Selangor dan banyak lagi. 

Scroll to Top