Mendorong Perubahan

Picture of Ahmad Shukri Yusoff
Ahmad Shukri Yusoff

Perunding Motivasi

Sifat semulajadi manusia adalah mereka mahu diri mereka didorong, dimotivasi, diinspirasi, dan itulah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ke atas anak-anak buahnya.

Manusia tidak suka diajak-ajak, dipaksa, apatah lagi diancam supaya buat apa yang disuruh.

Dorongan yang diucapkan dengan cara yang betul adalah senjata yang amat berkesan bagi mendorong orang yang dipuji memperbaiki percapaian mereka, baik dalam alam pekerjaan, di sekolah, mahupun di rumah. Ini adalah kerana :

1. Manusia mempunyai hati dan jiwa.
2. Manusia perlu berasa selamat.
3. Manusia perlu yakin dirinya berharga.
4. Manusia memerlukan hubungan baik.
5. Pujian mampu memberi inspirasi.

Sahabat Nabi yang bernama Anas melaporkan, Nabi Muhammad pernah ternampak kesan ludah melekat di dinding masjid. Beliau berasa marah sehingga wajah beliau merah. Kemudian datang seorang perempuan penduduk asal Madinah lalu dia pun membuang kesan ludah kering itu, kemudian dia mencalitkan wangian pada tempat itu. Nabi Muhammad berkata, “Alangkah bagusnya perbuatan itu!”

Antara pendekatan yang dibuat oleh baginda untuk mendorong perubahan positif ialah :

1. Memuji perbuatan.
2. Nabi tidak komplen idea orang kecil.
3. Mempraktikkan hubungan terbuka dengan semua orang.
4.Tidak Membandingkan Orang Baik Dengan Orang Tak Baik
5. Nabi mengajak dengan tidak menggunakan ayat-ayat ajakan.
6. Nabi Muhammad menggunakan Teknik Penceritaan” Story-Telling “ bagi tujuan mengubah sikap.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Threads
WhatsApp
Scroll to Top